Saturday, October 24, 2009

bengkak


semalam aku duduk kat kaunter bayar kedai makan.takde lah aku terlalu mahir dalam kira-kira ilmu hisab sehingga diberi kepercayaan untuk uruskan keluar masuk duit.tapi sebab hari tu staff kurang,aku terpaksa la menayangkan muka roboh ni depan para pelanggan.tiba2 aku dipanggil,seoarang lelaki montel ditemani anak2 die memanggil dengan muka berkerut2.

"ni lempeng basi,macamana leh jadi macam ni?"

"yeke cik..maaf ye,biar kami tukarkan dengan yang baru,mintak maaf cik..."
aku cepat2 tawar bantuan.aku tahu salah kedai sebab tak periksa awal2 lempeng labu kegemaran encik tu.

"tokey PEREMPUAN tu mane?"tanye die dengan wajah angkuh dan sengaja meninggikan suara.biar orang lain dengar,biar orang lain kagum dengan tahap outspoken miliknye.

aku cukup menyirap kalo orang lelaki yang panggil wanita perempuan atau betina.gampang.

"tu mak saye,die takde,keluar."
aku jawab ringkas tapi dengan muka paling kurang ajar dalam sejarah.pergi jahanam dengan customer always right,aku lebih utamakan budi bahasa daripada untung empat ringgit tu.

"ini kalo aku report ni,mampus korang.memang aku takleh makan ni,aku pun luahkan balik.macamani korang ni?"tanye die.satu pertanyaan yang aku yaki8n seratus peratus itu sekadar pertanyaan taik yang sengaja die tanye dan die bukan nak dengar jawapan aku pon.sengaja tanye.

"maaf cik,kalo nak tukar lain kami tukarkan"aku cakap selembut2 bahasa balik,tapi die buat muke kura-kura.

"tak payah,awak kenal saye kan?saye regular customer dekat sini."

dan memang aku kenal die,die la manusia paling berlagak aku pernah jumpe dan diea lah manusai yang suka jaja yang die itu datuk.cilakak!

aku malas nak menghadap lame2,aku nak blah terus sambung buat kerja,ye la,nakl tukar tak nak,nak dengar lak die membebel.aku nak angkat kaki aje die cakap lagi,

"balik mak karang,bagitau mak, DATUK JOHARI kecewa."

dan dalam hati menyirap lebih pantas dari sirapan pertama tadi.aku pandang tajam aje die.tapi tak lame sebab die buat2 borak dengan anak die pulak.aku terus duduk kat kaunter tu semula.aku rase dalam diri aku yang betapa ramai rakyat marhain yang dihina macam aku ni saban hari oleh manusia2 majal menghabiskan duit cukai kami.

lepas tu montel tu datang nak bayar,aku cakap duit lempeng pat ringgit tak payahla bayar,free aje dan die suruh aku simpankan resit die dahulu,suruh pulak mak aku kol die .dan aku tulis kat resit die,datuk babi.maaflah para pembaca,resah dalam jiwa ni membuak sebab emak diperlekehkan dan taraf darjat masih diangkat menjadi berhala sesetengah manusia mcm datuk ni.

apa,sebab kau datuk,aku kene double standard?kene bias?sape ko dan apa sumbangan kau terhadap malaysia?setakat bayar puluhan ribu tok dapat title,sape2 pon boleh.dan maaf lah,aku bukan manusia biadap,tapi kalau kau bersopan sebelum ni,aku dah lama masakkkan lempeng labu lima nam keping percuma tok ko kalu tu yang ko nak sangat.tapi kalo awal-awal bagi cirit,aku boleh suruh ko pegi jahanam.

Wednesday, October 21, 2009

kawan


aku teneyh puntung rokok kat atas lantai landai melaka sentral.bukan puntung aku pon,walaopun aku sering berlagak seolah-olah perokok tegra,namun memang bibir hitam aku ni x tahan perit rokok tembakau.maybe bibir hitam tapi isi dalam jambu,hehe.aku tengah tunggu bas transnasional nak balik ke seremban.jam nam petang.memang aku kerap balik seremban pon,tu ramai penduduk uitm melaka pelik nape manjang tak nampak aku.kalo aku ade pon bukan aku campur orang,aku bebas lagi berbual dengan itik angsa kat tasik tu dari bersapa mesra dengan orang awam.

tengah tunggu bas tu,datang sorang mamat ni.tinggi lamapai,badan sasa.kalo die lempang aku mesti aku terkapar bujur kaku dekat tepi divider bas tu.die duduk sebelah aku,aku malas nak mesra alam,aku buat-buat la bukak beg,capai kamera.aku memang sebolehnye malas nak berinteraksi sebab aku bukan jenis mewah cerita nak digebang dengan orang ramai,tambahan aku x berapa kenal.memang x kenal langsung.namun tindakan aku main kamera membuatkan mamat tu tambah berminat nak sapa aku.

"memang keje sebagai photographer k?"

dan aku sengih aje.meng iya tidak,menafikan tidak.senyum tahap kambing.aku nak matikan perbualan ni,sebab aku memang penat sangat petang tu.

"saje-saje amek gambar,hehehe.er..nak pegi mane ni?"

aku secara x sengaja tercakap lak dialog tu dan mamat tu apa lagi,terus berbual mesra dengan aku,sebatang demi sebatang rokok die keluarkan,cerita sakan.dan aku dengan senyum tawar,aku angguk je dalam setiap topik die bagi.dalam pada usaha aku nak menamatkan perbualan,dalam pada tu jugak aku menmbah soalan kat mamat tu.

dia pon nak ke seremban jugak dan die tanye aku,kerusi dalam bas nanti memang bebas ke atau kene ikot nombor?dan aku laju je cakap,kene ikot nombor,sebab macam ade ura-ura mamat ni nak duduk sebelah aku nanti,aku fikir.dan dalam bas memang itu jadinye,memandangkan sebelah aku kosong,semestinya die duduk sebelah aku.dan sepanjang jalan yang patut aku tidor kosong,aku terpaksa layan die berbual.cerita itu cerita ini.

dari topik wanita mengadung sampai ke topik askar wataniah.rupenye die askar wataniah jugak,sambil tu belajar dekat ikram atau kliuc.name die aris.aku ngaku,aku makin mesra pulak,berhenti die cerita,aku bukak pulak cerita aku,aku buat lawak die gelak,aku gelak die ingat lawak.sampai aje dekat terminal dua seremban,aku teman die berjalan kaki memandangkan aku memang sanggup lagi berjalan kaki dalam 1km daripada berhabis RM 5 naik teksi.aku teman sampai la ke ktm seremban.die nak balik bangi.

hehe.aku suke berkawan dengan die,walaupon muke aku ketat pada mula,dia relex je.aku bukan gay,jauh wo dari panggang,cuma aku pelik,orang asing macam tu pun hargai aku sebagai kawan.hehehe.sekurangnye perspektif aku terbukak sikit hari tu.

pandu


koyak kelopak mata aku membawak kereta tadi.letih,pedih hati,menyirap darah tengok betapa sentimentalnya pemandu di hadapan aku sehingga memaksa aku turut same beratur berderet belekang lori tanah.aku ni dah la sangat alergik dengan penghawa dingin dan pemanduan perlahan.sume tu betul2 menjana penyakit tidor sambil memandu aku.kalo aku bukak tingkap lagi la,terus pengsan aku.angin-angin tu sume buat mate aku pedih.perjalanan dari melaka ke seremban ikut jalan pedas rembau memang betol buat aku nyesal.baik ikot highway.setakat rugi RM 5.60 je daripada aku rugi masa macam ni.sesilap aku rugi nyawa aku.

ada dua road block jpj sepanjang perjalanan tadi.aku tangkap rilek aje,walhal dalam kereta bersepah senjata berpotensi untuk buat pukul manusia jahat.bukan aku samseng,x.tapi aku x sengaja bawak barang2 tu.ye la,ade pisau potong petai,ade besi tajam yang bocorkan tayar aku dulu,ade tukul,ade kukur kelapa.entah kenapa aku simpan pon aku x pasti.agaknya tu satu lagi penyakit aku,suke menyimpan barang2 buruk.semua abang jpj tu aku lepas dengan senyum kapur.dan muke mereka macam ayam berak kapur.panas kot.

kalo aku ni anak raja agaknye,mesti dorang sambut dengan girang,siap offer kopi o panas cicah biskut petak,mesti ade kipas panasonic yang disambung kat bateri kereta dorang.ape la aku melalut ni,tapi tu la kan,bende tu sume nak buat bunuh mase aku yang terpaksa bawak kereta perlahan.

dan sehelai romaku milik kamu


jangan kau bimbang dan gusar.aku lelaki nafsu mati.mataku meliar namun kau dalam hati.imanku rapuh namun kau penguat aku untuk rempuh segala entri baru hari.bahasa kau mudah,bahasa aku pula serakah,namun nyata bahasa kau lebih indah.

setiap apa yang kau tamakkan bererti.dan sehelai romaku milikmu.kekal dan tetap milikmu.aku lelaki satu jasad punya beribu sayang,namun cinta aku satu,pegangan aku adalah dirimu.kilometer ketereh masih sebati dalam dasar cintaku pada mu.walaupon aku dihenyak terajang,namun segera berbunga tempat sakitku bila kau hadir beri lompat bintang dan senyum manis kau untukku.terima kasih anoi.

-mangkuk,ko mesti x paham aku tulis ape kan?haha.

lari


hehehe.ini saye lagi.bukan menteri,bukan azwan ali.ni saye,orang biasa yang memang nak tumpang glemer di alam maya fantasi ini.tapi tu la,kat blog ni xde ape yang cantik.nak cerita politik,better pergi blog pak pyan,sana ramai yang arif.nak blog tentang hobi,pegi blog syazwan,sana banyak info transformers.tapi kalo setakat nak tau saye makan ape,aku buat ape, malam tadi tengok drama ape,ni la blog die.

mesti orang bengang,asal korang nak kene tau saye makan ape semua?sapa saye untuk korang dedikasikan masa layar internet korang untuk blog ni?well,saye hanya insan biase,otak belah bahagi dua,banyak darah dari banyak idea.lemah kira-kira,(bermaksud saye gemar melukis-gemar melukis bermaksud saye gemar berfantasi)dan sangat suka makan dari bersenam.menjadikan saye salah satu punca kenapa alat senaman dan ubat kurus di Malaysia tak pernah susut promosinya.

jadi,insya-allah,dibaca atau dicerca,atau bakal dihentam dengan kukur kelapa,saye akan sedaya upaya menerebus carta blo9g ter-sundal sekali dalam maya saiber malaysia ni.hehehe.ini saye, dan blog saye ini tiada apa yang indie,tiada apa yang underground,hanya diri yang dibenci ramai,difahami sedikit.hehe.kat sini takde apa yang chantik.