Saturday, October 24, 2009

bengkak


semalam aku duduk kat kaunter bayar kedai makan.takde lah aku terlalu mahir dalam kira-kira ilmu hisab sehingga diberi kepercayaan untuk uruskan keluar masuk duit.tapi sebab hari tu staff kurang,aku terpaksa la menayangkan muka roboh ni depan para pelanggan.tiba2 aku dipanggil,seoarang lelaki montel ditemani anak2 die memanggil dengan muka berkerut2.

"ni lempeng basi,macamana leh jadi macam ni?"

"yeke cik..maaf ye,biar kami tukarkan dengan yang baru,mintak maaf cik..."
aku cepat2 tawar bantuan.aku tahu salah kedai sebab tak periksa awal2 lempeng labu kegemaran encik tu.

"tokey PEREMPUAN tu mane?"tanye die dengan wajah angkuh dan sengaja meninggikan suara.biar orang lain dengar,biar orang lain kagum dengan tahap outspoken miliknye.

aku cukup menyirap kalo orang lelaki yang panggil wanita perempuan atau betina.gampang.

"tu mak saye,die takde,keluar."
aku jawab ringkas tapi dengan muka paling kurang ajar dalam sejarah.pergi jahanam dengan customer always right,aku lebih utamakan budi bahasa daripada untung empat ringgit tu.

"ini kalo aku report ni,mampus korang.memang aku takleh makan ni,aku pun luahkan balik.macamani korang ni?"tanye die.satu pertanyaan yang aku yaki8n seratus peratus itu sekadar pertanyaan taik yang sengaja die tanye dan die bukan nak dengar jawapan aku pon.sengaja tanye.

"maaf cik,kalo nak tukar lain kami tukarkan"aku cakap selembut2 bahasa balik,tapi die buat muke kura-kura.

"tak payah,awak kenal saye kan?saye regular customer dekat sini."

dan memang aku kenal die,die la manusia paling berlagak aku pernah jumpe dan diea lah manusai yang suka jaja yang die itu datuk.cilakak!

aku malas nak menghadap lame2,aku nak blah terus sambung buat kerja,ye la,nakl tukar tak nak,nak dengar lak die membebel.aku nak angkat kaki aje die cakap lagi,

"balik mak karang,bagitau mak, DATUK JOHARI kecewa."

dan dalam hati menyirap lebih pantas dari sirapan pertama tadi.aku pandang tajam aje die.tapi tak lame sebab die buat2 borak dengan anak die pulak.aku terus duduk kat kaunter tu semula.aku rase dalam diri aku yang betapa ramai rakyat marhain yang dihina macam aku ni saban hari oleh manusia2 majal menghabiskan duit cukai kami.

lepas tu montel tu datang nak bayar,aku cakap duit lempeng pat ringgit tak payahla bayar,free aje dan die suruh aku simpankan resit die dahulu,suruh pulak mak aku kol die .dan aku tulis kat resit die,datuk babi.maaflah para pembaca,resah dalam jiwa ni membuak sebab emak diperlekehkan dan taraf darjat masih diangkat menjadi berhala sesetengah manusia mcm datuk ni.

apa,sebab kau datuk,aku kene double standard?kene bias?sape ko dan apa sumbangan kau terhadap malaysia?setakat bayar puluhan ribu tok dapat title,sape2 pon boleh.dan maaf lah,aku bukan manusia biadap,tapi kalau kau bersopan sebelum ni,aku dah lama masakkkan lempeng labu lima nam keping percuma tok ko kalu tu yang ko nak sangat.tapi kalo awal-awal bagi cirit,aku boleh suruh ko pegi jahanam.

3 comments:

bila mereka dapat keyboard...